suka ni(:
Peperangan masih belum tamat. Aku dan rakan-rakan seperjuangan ku masih perlu turun ke medan perang. Bukan dengan tangan kosong, tapi dengan penuh bekalan dan usaha. Ini sebuah jihad. Ya Allah, semoga Engkau berkati dan rahmati ilmu yg kami pelajari.
Peperangan ini masih berbaki dua hari. Dan selepas dua hari ini, alhamdulillah kami dapat berehat. Menghembus nafas lega, tetapi bukan lega sepenuhnya. Kerana kami perlu mendirikan kubu pula utk pertahan keputusan kami nanti. Andai kata pihak musuh akan datang menyerang kembali. Tanpa persediaan pertahanan, kami akan lumpuh. Tanpa kerjasama kami akan roboh.
Aku akan menyediakan bekalan, aku harap sepenuhnya. Dan kamu bagaimana?
Sekali lagi, doakan kami semua.
Semoga berjumpa lagi, assalamualaikum.